Alergik Emas???

Okay, to be honest, saya ni bukanlah penggemar barang perhiasan macam rantai, gelang and cincin. Memang jenis keluar kemana pun, paling2 akan pakai jam ja. Pastu lepas tunang aritu, try la pakai cincin, tak pakai kang kecik ati orang yang bagi tuuu..ekeke~


Hergh~ sorry pose merenung keluar jendela.

Tapi after 2minggu, jari tempat pakai cincin naik ruam and sakit just around tempat cincin tu in contact dengan kulit saja, tempat lain okay. Lepas tu saya try la tak pakai sehari kot2 le sebab jari bambam ke kan. Eh rupanya tak ye tuan2 dan puan2 (fuh selamat.. kalau tak terpaksa terima hakikat dah bambam)..tempat bekas cincin tu jadi macam bekas melecur and memang sensitif bila disentuh. hmm macam mana nak cerita eh..bila kita sentuh tu ada rasa ngilu. *lap air hidung

So hakak pun gigih la menggugel. Google in english la sebab tak banyak artikel dalam bahasa Melayu. Rupanya wujud sejenis alergik terhadap emas ye. Simptom yang hakak alami memang kena dengan ciri-ciri yang disebut untuk orang yang alergik emas. Dah, sudahhhh. Pastu impian untuk menjadi makcik jarum memang terpaksa dikuburkan ke cana nih?



Uols ada tak yang ada masalah macam hakak? Hmm..

Sebenarnya ada cara untuk prevent alergik dari terjadi.. Uols boleh:

1. Sapu nail polish kat bahagian yang bersentuh dengan kulit. Kalau cincin, maknanya bahagian dalam la. Habestu kalau rantai, hang salut ja dengan nail polish tu mcm pepero. ha senang. hahah!
Tapi, masalahnya nail polish tu akan keluar sooner or later, jadi uols kena rajin la sapu banyak kali.



2. Letak lilin. Ni lagi satu kekdah yang lebih kurang sapu nail polish. Lilin tu cairkan dan letak kat bahagian yang akan bersentuhan dengan kulit.

3. Jangan pakai lansung. Yang ni hakak sedang lakukan and setakat ni memang berkesan. Dah takda dah kesan alergik and so on. kihkih!


Hmm. Nampaknya kita yang alergik ni boleh pakai jed dan logam macam palladium dan titanium saja lah. Tapi mahal nya mereka nih!

Jed je lah jawabnya..

 cantik, sejuk dan nilai jed pun sebenarnya lebih mahal dari emas tau, dan harganya tak turun-naik macam emas sebab harga jed ni memang mahal aja. kah. Jadi, uols boleh beli jed dan simpan untuk anak cucu. Gamak sesak, gi lah jual kat kedai emas. Cumanya jed takleh pajak je la. hehe

Comments